Tol Percuma Musim Perayaan Untuk Tahun Depan, Masih Belum Diputuskan

LocalPolitics
25 Jul 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berkenaan pemberian tol percuma bersempena musim perayaan untuk tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata dalam mesyuarat Kabinet 2024 beliau memutuskan menghentikan pemberian tol percuma pada tahun ini tetapi dilonggarkan untuk tahun ini.

"Jadi belum lagi dibincang sama ada tahun depan akan ada lagi tol percuma musim perayaan atau tidak.

"(Sekarang ini) belum masanya lagi untuk kita buat kertas Kabinet," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Program Blackspot dan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia di Kementerian Kerja Raya, semalam.

image is not available

Terdahuu, kerajaan mengambil keputusan menghentikan pemberian tol percuma bersempena dengan musim perayaan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.

Alexander dilaporkan berkata, perkara itu sudah diputuskan pada mesyuarat kabinet tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar.