Tol Percuma Pada Musim Perayaan Hanya Bebankan Kerajaan, Tidak Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas – Zahid Hamidi

LocalPolitics
22 Jan 2025 • 3:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan dalam mesyuarat Kabinet tahun lalu untuk menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan di negara ini.

image is not available 2 days ago

Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Rakyat Sempena Musim Perayaan - Menteri Kerja Raya

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan bahawa pemberian tol percuma membebankan kerajaan juga dalam masa yang sama tidak dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Menurut Berita Harian, beliau menyatakan kerajaan terpaksa menanggung pampasan lebih RM35 juta sehari kepada syarikat konsesi tol.

Ahmad Zahid juga menasihati pengguna lebuh raya agar merancang perjalanan dengan lebih baik tanpa bergantung kepada tol percuma.

Pengguna harus mengubah cara menggunakan jalan raya, terutama ketika musim perayaan.

image is not available

Terdahulu, Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa kerajaan akan menggantikan dengan pendekatan yang lebih bersasar dan ia bakal diumumkan dalam masa terdekat.