“Tol Percuma Selama Dua Hari, 29 Dan 30 Oktober 2024 Untuk Kenderaan Kelas Satu “ – Menteri Kerja Raya

LocalPolitics
28 Oct 2024 • 12:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi sebuah hantaran yang telah dibuat di Facebook milik Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, tol percuma akan diberikan kepada pengguna lebuh raya kenderaan persendirian kelas satu dan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Pemberian tol percuma selama dua hari ini bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 29 Oktober 2024 (Selasa) dan berakhir pada jam 11.59 malam pada 30 Oktober 2024 (Rabu).

Semoga berita ini dapat menambah kegembiraan anda semua serta membolehkan kesemua rakyat Malaysia berbilang kaum terutamanya masyarakat India beragama Hindu untuk menyambut dan meraikan perayaan Hari Deepavali 2024 dalam suasana gembira, harmoni dan saling hormat-menghormati.

Tol percuma di seluruh plaza tol kecuali plaza tol sempadan negara; Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor Darul Takzim.

image is not available 5 hours ago

“Fokus Kita Tahun Hadapan Ialah Lepasan SPM..” - Timbalan Menteri Pertahanan Jelaskan Isu Had Umur Sertai PLKN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved