Tolak kekasih dari tingkat 23, pemandu lori berdepan hukuman mati

9 Mar 2024 • 11:21 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang pemandu lori, V. Nathan, 37 tahun, telah didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam, atas pertuduhan membunuh kekasihnya warga Thailand, di sebuah kondominium bulan lalu.

Nathan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu. Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan pada prosiding tersebut.

Nathan didakwa membunuh Mawika Laumyai, 32, di sebuah kondominium di Setia Alam kira-kira jam 10.02 malam pada 28 Februari lalu.

Semasa kejadian, Nathan berada di bawah pengaruh dadah. Mangsa maut terjatuh dari tingkat 23 kondominium tersebut selepas ditolak oleh tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh berjaya ditahan di lokasi kejadian, kira-kira lapan minit kemudian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman dan tertuduh diwakili oleh Peguam P. Aravind Raj. Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Jun depan.

Sumber: Kosmo! Online

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved