‘Tolak Kereta Mercedes, Guna Apa Saja Sedia Ada’ – Anwar

Politics
27 Nov 2022 • 11:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dirinya menolak untuk menggunakan kenderaan mewah sebagai pengangkutan utama untuknya bergerak atas rasmi.

Sebaliknya beliau berkata, dirinya hanya akan memilih untuk guna aset-aset kerajaan sedia ada seperti yang sudah disediakan sahaja.

“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.

“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.

“Sebaliknya saya telah membuat kepuutsan untuk menggunakan apa sahaja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Sumber: Anwar Ibrahim via Facebook

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved