“Tolak Penyamun Tiba-Tiba Berpakat Dengan Penyamun” – Timbalan Presiden PAS

Politics
29 Nov 2022 • 1:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hari ini parti PAS telah menzahirkan rasa musykil mengenai kemampuan dan kerjasama yang bakal dibentuk oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata gabungan Perikatan Nasional (PN) mahu melihat bagaimana kerjasama itu berlangsung selepas pelbagai kecaman telah dilemparkan terhadap pimpinan kerajaan sebelum ini.

Tengok kemampuan

image is not available

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata bahawa kerajaan yang bakal dibentuk oleh Anwar adalah bukan kerajaan perpaduan kerana ia tidak melibatkan semua parti.

Bagaimana mereka boleh bekerjasama? Saya fikir, biasanya orang baik dan orang jahat tak boleh duduk sekali. Jadi kita nak tengok dan bagi kami itu keputusan dan kita sedia jadi pembangkang. Ini saya rasa bukan kerajaan perpaduan. Ini kerajaan campuran macam ABC. – Tuan Ibrahim

Namun begitu, Tuan Ibrahim tidak menyatakan dengan jelas mengenai pihak atau parti mana yang merujuk kepada ‘orang baik mahupun orang jahat’.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved