Tolak rasuah, salah guna kuasa teras kepimpinan! Agong tekankan integriti kepada PAT baharu

LocalPolitics
4 Feb 2026 • 3:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu, Jeneral Malek Razak Sulaiman agar menjadikan budaya menolak rasuah sebagai teras utama kepimpinan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seri Paduka Baginda bertitah, kekuatan sesebuah angkatan pertahanan tidak hanya bergantung kepada aset dan teknologi canggih semata-mata, sebaliknya turut ditentukan oleh nilai integriti yang kukuh dalam kalangan warganya.

Tolak rasuah, salah guna kuasa teras kepimpinan!

image is not available

Dalam sesi menghadap di Istana Negara hari ini, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa ketelusan dan akauntabiliti merupakan asas penting bagi memastikan ATM terus dihormati serta diyakini oleh rakyat.

image is not available

“Seluruh warga ATM perlu mengekalkan disiplin tinggi dan menjadikan prinsip menolak rasuah sebagai budaya kerja yang berterusan demi kedaulatan dan kepentingan negara,” titah Baginda.

Selain isu integriti, Sultan Ibrahim turut mengingatkan kepimpinan tertinggi ATM supaya sentiasa mengutamakan kebajikan anggota tentera, sejajar dengan tanggungjawab besar yang digalas demi keselamatan negara.

Baginda juga menekankan keperluan mempertingkatkan keupayaan pertahanan negara agar selari dengan cabaran keselamatan semasa yang semakin kompleks dan dinamik.

image is not available

Dalam masa sama, Sultan Ibrahim menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan Jeneral Malek Razak Sulaiman untuk menggalas amanah sebagai panglima baharu dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen terhadap perkhidmatan negara.

Sumber: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar