“Tolong Bayar Balik RM500k” -Dua Konsert Search Dah ‘Sukses’, Penganjur Tuntut Hutang 5 Tahun Lepas

20 Jun 2022 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lima tahun sudah berlarutan, saman berjumlah RM500,000 terhadap kumpulan Search yang dituntut oleh sebuah syarikat penganjur konsert bernama Afjets Sdn Bhd masih belum diselesaikan.

Berhubungan dengan kes yang berlaku, pihak Afjets akan mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan selepas sudah mengarahkan peguam mereka agar tuntutan dilaksanakan.

Afjets beranggapan dengan kejayaan dua konsert Search baru-baru ini iaitu Search Endemik dan Rocking on the Rooftop, mereka mampu untuk menanggung saman yang tertunda.

Menurut ketua pegawai eksekutif Afjets iaitu Amrul Nizar Anuar, tempoh lima tahun yang tertunda selepas mahkamah membuat keputusan, kumpulan berkenaan hanya berjanji untuk membayarnya sahaja.

Bagaimanapun, sehingga kini kumpulan terbabit terlihat seperti tidak berusaha untuk mencari sebarang inisiatif membayar saman terbabit.

Dalam pada masa yang sama, Amrul berharap kumpulan Search yang sudah berpecah sejak Mac 2020 itu kembali bersatu agar memudahkan pembayaran saman.

Sekadar info, saman terbabit dikenakan kepada tiga anggota iaitu Nasir, Din dan Kid berikutan membatalkan Konsert Search 35 Tahun yang sepatutnya diadakan pada tahun 2016.

image is not available 21 jam lalu

Kekasih Azri Iskandar Terus Letak 'Call' Ketika Interview 'Live', Netizen Kata Sah 'Fake Account'?