“Tolong Buang..” – Guna Majalah Kontroversi, Video Teaser Comeback DAY6 Cetus Perdebatan Hangat

5 Mar 2024 • 3:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Baru-baru ini, DAY6 telah mengeluarkan teaser konsep kemunculan semula mereka selepas selesai menjalani perkhidmatan tentera.

Namun, satu kandungan dalam teaser tersebut telah mendapat perhatian serta dikritik ramai. Di mana, peminat mendapati bahawa terdapat satu majalah yang mengandungi perkataan “Tel Aviv” dalam video yang dimuatnaik.

Selepas perkara itu disedari ramai, peminat telah meluahkan kerisauan mereka terutamanya mengenai konflik yang melibatkan Tel Aviv serta isu serangan Israel terhadap Palestin.

Malah, ada juga yang menafsirkan perkara ini sebagai mesej politik yang tidak diigini serta menyeru peminat yang lain untuk memboikot syarikat pengurusan kumpulan itu iaitu JYP Entertainment.

Dalam masa yang sama, rata-rata peminat turut menyuarakan pendapat mereka di media sosial dan menggesa agar JYP Entertainment untuk membuang majalah itu daripada video tersebut serta menyuruh syarikat itu untuk menitikberatkan sensitiviti isu politik yang sedang terjadi.

Sehingga kini, video itu masih lagi belum diturunkan dan syarikat DAY6 juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.

Hmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.