Seorang pelajar Tingkatan 3 dari Sekolah Menengah St Teresa Kuching, Syifa Saffeyea, dilaporkan hilang sejak 29 April 2025 selepas tamat sesi persekolahan dan masih belum pulang ke rumah.
Kehilangan remaja tersebut dimaklumkan ibunya, Piya Imbun, menerusi satu hantaran di Facebook yang turut merayu bantuan orang ramai untuk mengesan anaknya.
Menurutnya, laporan polis telah dibuat dan mereka amat berharap Syifa ditemui dalam keadaan selamat.
“Mohon bantu saya cari anak saya, Syifa Saffeyea. Dia hilang sejak semalam selepas tamat sekolah di Kuching. Laporan polis sudah dibuat,” tulis Piya.
Syifa kali terakhir dilihat memakai baju sukan sekolah berwarna ungu. Dia merupakan pelajar kelas Tingkatan 3 Hope dan tidak pulang ke rumah selepas sesi persekolahan tamat pada hari Isnin lalu.
Sekiranya ada maklumat atau ternampak kelibat Syifa, orang ramai diminta menghubungi bapa mangsa, Hazee, di talian 013-6755962 bagi membantu siasatan dan pencarian.
Keluarga Syifa turut berharap perkongsian mengenai kehilangan anak mereka dapat disebarkan seluas mungkin untuk mempercepatkan usaha mengesannya.
The post ‘Tolong cari anak saya!’ – Pelajar hilang, ibu rayu bantuan orang ramai appeared first on The Reporter.


![“Tengah Malam Mesej” – Cikgu Kecewa, Ada Ibu Bapa Minta Tolong Tapi Tak Pandai Berbudi Bahasa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)