
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad mengumumkan berita gembira apabila dirinya telah dikurniakan rezeki untuk mengandung anak kedua.
Masuk trimester kedua
Kata Uyaina menerusi hantaran di Instagram, dia kini telah memasuki trimester kedua dan meminta agar orang ramai mendoakan keluarga kecilnya itu dan berharap agar yang lain juga dikurniakan rezeki dan berita yang baik.
2024, InshaaAllah berempat. Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah.
Our familiy is getting bigger. Tolong d0akan keluarga kecil kami dan semoga yang baik-baik untuk kalian juga.
View this post on Instagram
Pernah alami keguguran
Sebelum ini, difahamkan pelakon ini sempat menagalami keguguran namun tiada sebarang pendarahan atau situasi yang kritikal. Namun, Uyaina masih tidak berputus asa dan akhirnya diberikan peluang untuk hamil buat kali kedua.
Untuk info, Uyaina telah bernikah dengan Raja Syahiran pada 2021 dan telah dikurniakan seorang putera bernama Raja Urhan.
"Dia Pulangkan Ada 'Aksesori' Tambahan.." - Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Baju Dipulangkan Tapi Berbau & Ada Kesan Darah
The post “Tolong Doakan Keluarga Kecil Kami..” – Tahun Baru Rezeki Baru, Uyaina Arshad Kongsi Berita Hamil Anak Kedua first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

