“Tolong jangan cemarkan reputasi” -Netizen ‘sakit mata’ lihat Alif Satar menari TikTok

LocalEntertainment
28 Sep 2024 • 8:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ramai netizen sakit mata lihat Alif Satar menari TikTok lebih-lebih lagi bersama dua pelakon wanita, Sophia Albarakbah dan Nelissa Nizam.

Menerusi video yang dikongsi media sosial TV3Malaysia, Alif dilihat melakukan gerakan mengikut video-video tular di platform TikTok bersama dia pelakon tersebut.

Alif Satar menari TikTok bersama Sophia Albarakbah & Nelissa Nizam

Difahamkan, Alif, Sophia dan Nelissa telah melakukan ‘joget TikTok’ itu untuk mempromosikan filem terbaru lakonan mereka yang berjudul Reeza GTR yang bakal ditayangkan di panggung wayang tidak lama lagi.

Perkongsian video Alif Satar menari TikTok telah mendapat respon yang kurang baik oleh netizen memandangkan dia jarang terpalit dengan kontroversi negatif.

image is not available

Netizen kecam Alif Satar menari TikTok

Rata-rata mereka meminta Alif menjaga reputasi sebagai selebriti yang berimej bersih lebih-lebih lagi apabila menjadi ikon kepada anak-anak muda dengan gerakan Subuh Macam Jumaat.

image is not available

Tolong jangan cemarkan reputasi

image is not available

Dia pun manusia biasa kot

Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang berbaik sangka dengan menyatakan yang Alif juga manusia biasa dan tidak mengaitkan sebarang ibadahnya dalam hal-hal kurang disenangi netizen.

image is not available

Janganlah sampai kaitkan solat Subuh

image is not available

Ramai nasihat untuk elak buat kandungan konten macam ni

image is not available

Mungkin apa yang dilakukan Alif sekadar untuk mempromosikan filem lakonannya bersama dua pelakon wanita tersebut.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan menjadikan teguran-teguran yang ditulis di ruangan komen itu sebagai pengajaran di masa hadapan.

Sumber: Facebook TV3 Malaysia