
“Tolong Jangan ‘Kepak’ Di Kepala,” Wanita Kongsi Cara Pilih Bendi Dengan Betul
Kacang bendi atau nama saintifiknya Abelmoschus esculentus tergolong dalam kategori tumbuhan berbunga dan boleh dimakan oleh manusia.
Kacang bendi sangat sinomin dan terkenal kerana ia ditanam secara komersial. Bagi sesetengah orang, mereka lebih gemar untuk menanam tumbuhan ini di halaman rumah mereka.
Bukan sahaja sedap dimasak dalam hidangan, kacang bendi difahamkan mempunyai pelbagai khasiat termasuk mengawal kandungan gula dalam darah khususnya kepada pesakit diabetes.
Oleh hal demikian, bendi seringkali ditanam oleh orang ramai dan sangat mudah dicari di mana-mana termasuk kedai runcit berhampiran anda.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui cara untuk memilih dan membezakan kacang bendi tua atau muda.
Menerusi satu perkongsian oleh Ida Shahida di Facebook menjelaskan cara untuk memilih bendi dengan betul.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti nukilannya di bawah. Semoga bermanfaat.
Cara nak pilih bendi
Tolong jangan dok kepak di kepala dia. Habeh semua dikepak nak beli pun tak dak mood. Tak elok dah rupa dia.
Buat macam ni lani.
Dan kalau nak kepak juga pilihlah yang warna hijau ‘muda’ sebab warna hijau muda kacang tu belum keras lagi. Kalau keras pun keras sikit saja, masih boleh dimakan.

Kalau dah masa pegang pun kita dah boleh tahu dia dah tua. Jangan di ‘kepak’.
Saya tak pernah ‘kepak’ sewaktu membeli. Saya tengok yang warna ‘ muda dan segar serta hujungnya lembut, confirm muda.
‘Mematahkan’ itu mungkin habit sebenarnya.
Anda ada petuanya juga?
Sumber: Facebook Ida Shahida
The post “Tolong Jangan ‘Kepak’ Di Kepala,” Wanita Kongsi Cara Pilih Bendi Dengan Betul appeared first on Siakap Keli.

