‘Tolong mohon Kebenaran Merancang sebelum bina rumah ibadat’ – Nga Kor Ming

LocalPolitics
10 Feb 2026 • 11:24 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Isu rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran boleh dielakkan sepenuhnya jika semua pihak mematuhi satu perkara asas iaitu memohon kebenaran merancang (KM) terlebih dahulu.

Itu mesej utama yang ditekankan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, susulan perbincangan berterusan berkaitan pembinaan rumah ibadat di seluruh negara.

Menurut beliau, kerajaan tidak menghalang pembinaan rumah ibadat, namun setiap projek mesti melalui proses sah yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Nga menjelaskan, kementeriannya mengamalkan pendekatan terbuka dan bersedia berjumpa jawatankuasa rumah ibadat bagi membantu melancarkan permohonan, asalkan prosedur dipatuhi.

Baca juga:

Katanya, permohonan KM adalah kunci utama untuk mengelakkan masalah undang-undang serta pertikaian pada masa hadapan.

Dalam konteks sokongan kerajaan, KPKT turut menyediakan dana penyelenggaraan RM50 juta setahun melalui Unit Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI), manakala urusan masjid pula berada di bawah agensi agama berkaitan dengan peruntukan mencecah RM2.6 bilion.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan bahawa pembinaan rumah ibadat secara tidak sah tidak dibenarkan. Tegas beliau, Malaysia sebagai negara berperlembagaan mewajibkan semua pembangunan mematuhi undang-undang tanpa pengecualian.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Tolong mohon Kebenaran Merancang sebelum bina rumah ibadat’ – Nga Kor Ming appeared first on The Reporter.