Sebagai pelanggan yang telah membayar caj perkhidmatan mahal, sudah pastinya mengharapkan layanan terbaik serta fasiliti yang selesa. Namun, situasi berbeza berlaku apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan sebuah resort di Mersing, Johor.
Menurut Zeera Lalaa yang berkongsi video pengalamannya di TIkTok, bilik yang ditempah dengan harga RM719.30 untuk satu bilik keluarga dan satu bilik standard tidak memadai dengan keadaan yang diterima.
“Kami bayar mahal, tapi layanan dan keadaan bilik langsung tak setimpal,” katanya.
Zeera mendakwa fasiliti di resort berkenaan serba kekurangan, termasuk bilik yang kotor, perabot rosak, serta kemudahan asas yang tidak diselenggara dengan baik. Masalah mula dikesan apabila kawasan sekitar resort menimbulkan masalah.
“Keluar je dari kereta, kami terus pijak lumpur. Bayangkan kena angkut beg dengan kasut penuh lumpur,” keluhnya, sambil menambah bahawa pihak pengurusan resort hanya memberikan alasan cuaca hujan tanpa mengambil inisiatif menyediakan penyelesaian seperti tempat letak kereta yang lebih sesuai.
Selain itu, televisyen di dalam bilik didapati tidak berfungsi dan kelihatan usang. Penghawa dingin pula bocor, kekuningan, dan hanya ditampal dengan kain, mencerminkan keadaan peralatan asas yang tidak diselenggara dengan baik.
Keadaan tandas turut menjadi perhatian apabila Zeera mendapati ia kotor, berlumut, dan plug elektrik hampir tercabut. Selain itu, cadar yang digunakan berlubang, manakala dinding bilik bersawang dan dipenuhi serangga kecil, menunjukkan tahap kebersihan yang amat mengecewakan.
Alang2 @Fishing Bay Resort,Mersing tunjuk toilet bilik standard 3, saya pon nak lanjer jugak video. Kali ni toilet yang sama mcm video dia ☺️☺️
Perabot di bilik yang terkopak dan sudah usang serta pintu bilik yang rosak menambah ketidakselesaan kepada pelanggan. Zeera mendapati pagar di kawasan resort sudah reput dan bergoyang apabila disentuh, menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengunjung. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengunjung.
“Jangan aniaya pelanggan macam ni,” tegasnya, menambah bahawa keluarganya terpaksa mencari homestay lain kerana tidak sanggup bermalam di bilik tersebut.
Tindakan resort ini menerima kritikan keras daripada netizen, dengan ramai menyuarakan agar pihak pengurusan segera memperbaiki keadaan fasiliti dan meningkatkan standard kebersihan untuk mengelakkan pengalaman serupa berlaku kepada pelanggan lain.
The post ‘Tolonglah jangan aniaya customer, kami dah bayar RM719’ – Pelanggan dedah pengalaman buruk di resort Mersing appeared first on The Reporter.

