Bintang Hollywood, Tom Cruise, dilaporkan membayar yuran kolej anak perempuannya, Suri Cruise, yang berjumlah $65,000 atau RM285,000 setahun di Carnegie Mellon University.
Walaupun mereka tidak dilihat bersama selama lebih dari 11 tahun, Cruise masih memenuhi tanggungjawab membiaya pendidikan Suri.
Suri yang kini berusia 18 tahun, baru sahaja memulakan pengajian di Carnegie Mellon University di Pittsburgh, Pennsylvania. Meskipun hubungan mereka renggang, Cruise tetap menanggung kos pendidikan Suri sebagai sebahagian daripada perjanjian perceraian dengan bekas isterinya, Katie Holmes, pada tahun 2012.
Perjanjian tersebut menyatakan, Cruise bertanggungjawab untuk menanggung semua kos pendidikan, perubatan dan aktiviti ekstrakurikular Suri.
Suri yang kini menggunakan nama tengah ibunya, Noelle, sebagai nama keluarga, telah berpindah ke asrama universiti dan bersedia untuk memulakan kehidupan kolejnya.
Walaupun tidak banyak maklumat mengenai bidang pengajian yang dipilih oleh Suri, terdapat spekulasi bahawa dia mungkin berminat dalam bidang seni persembahan seperti yang pernah dinyatakan oleh ibunya dalam satu temubual.
The post Tom Cruise bayar yuran kolej Suri Cruise RM285K setahun walaupun tak pernah berjumpa 11 tahun appeared first on The Reporter.

