Tom Korbankan Rambut 'Dreadlock' Demi GV Dan Netizen

27 Sep 2022 • 9:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkapan layar media sosial Tom

Penyanyi yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim kesembilan iaitu Tom telah membuat pengorbanan dengan memotong rambut 'dreadlock' yang sinonim dengan imejnya.

image is not available
Tom di pentas Gegar Vaganza Ahad lalu - Gambar ihsan Astro

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Iqram, 35,  telah berkongsi sebuah video di akaun media sosialnya menunjukkan rambutnya sedang dipotong oleh dua pendandan rambut.

"Demi Gegar Vaganza, Demi permintaan netizen, selamat tinggal 'dreadlock'. Minggu ini konsert lagu ‘Goyang Inul’. New look, new Tom," tulisnya di bahagian kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, kelihatan netizen memberikan reaksi yang berbeza.

Ada yang menyukai dengan perubahan dilakukan Tom, malah ada juga yang sedih kerana merasakan rambut 'dreadlock' itu sudah sebati dengan identiti Tom.

Tak sabar rasanya nak lihat penampilan terbaru Tom nanti. Semoga usaha dan pengorbanan Tom memotong rambutnya berbaloi. Getaran, 27 September, 2022

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved