Tom Tengok Bukti Perbualan Hubungan Ada Masalah, ‘Get Back’ Sebab Ikhlas Nak Jaga Fuad Rahman

Entertainment
16 Dec 2022 • 10:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam, kecoh diperkatakan apabila ada seorang individu mendakwa peserta Gegar Vaganza musim-9 (GV9) iaitu Fuad Rahman masih berstatus suami orang.

Individu ini meminta Fuad menunjukkan nombor pendaftaran kes dan notis kedatangan jika benar sedang dalam proses cerai seperti yang diperkatakan kepada media.

Menerusi laporan Media Hiburan, kekasih Fuad iaitu Tom berkata, dia bukanlah penyondol seperti yang didakwa. Hubungan Fuad dan bekas isteri memang dah tamat tapi ada beberapa perkara yang belum setel ujarnya.

image is not available

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal menjelaskan bekas isteri Fuad juga tahu mengenai hubungan mereka sebelum mereka mendedahkannya kepada umum.

Sejak jumpa di GV9, hubungan dia dengan isteri memang dah bermasalah. Saya kesian melihat dia melalui waktu sukar.

Saya juga tengok bukti perbualan hubungan mereka dilanda masalah ketika itu.

Saya terima untuk kembali bercinta kerana ikhlas mahu menjaga dia. Dia perlukan seorang teman.

Penyanyi ini mengakui kesian melihat Fuad melalui waktu sukar dan ikhlas mahu menjaganya.

Difahamkan, pasangan ini pernah bercinta namun hubungan terputus kerana Fuad ditahan polis dan menjalani hukuman penjara akibat dadah.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.