Tombol Pintu Rosak, Wanita Hampir Putus Harapan Terperangkap 3 Hari Dalam Tandas Sebelum Diselamatkan

28 Aug 2022 • 6:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tombol Pintu Rosak, Wanita Hampir Putus Harapan Terperangkap 3 Hari Dalam Tandas Sebelum Diselamatkan

BANGKOK – Seorang wanita hampir putus harapan selepas terperangkap di dalam tandas rumahnya sendiri selama beberapa hari sebelum berjaya diselamatkan pihak polis, lapor lapor Coconut News

Satu laporan orang hilang yang diterima telah membuatkan polis Phra Khanong bergegas mengesan wanita terbabit yang sebenarnya terperangkap di dalam tandas rumahnya selama tiga hari.

Menurut laporan, mangsa dipercayai tidak dapat keluar dari tandas kerana tombol pintu tersebut telah rosak.

“Saya hanya minum air paip untuk terus hidup, dan jika ia habis, saya mungkin akan mati,” tulisnya dalam mesej selamat tinggal di dinding. “Saya telah menjerit meminta tolong, tetapi tiada siapa yang datang.”

image is not available
Gambar : Coconut News

Kakak mangsa difahamkan telah menghubungi pihak polis pada malam Khamis selepas tidak mendengar khabar daripada mangsa sejak Isnin.

Kemudian, dia bersama-sama pihak polis pergi ke rumah mangsa dan mendapati pintu pagar berkunci. Pihak polis menggunakan playar untuk memotong kunci dan masuk untuk menggeledah rumah.

Apabila sampai ke tingkat tiga, pihak polis terdengar mangsa menjerit meminta tolong sebelum menyelamatkannya.

Selain itu, pihak polis turut menemui mesej selamat tinggal yang ditulis oleh mangsa semasa terperangkap di dalam tandas.

Walaupun mangsa ditemui dalam keadaan sihat, polis telah menasihatkan pihak keluarga membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber : Coconuts News