Tombol Tak Bergerak? Abang Ni Tunjuk Cara Tukar “Latch” Pintu Dengan Mudah

1 Jun 2023 • 10:03 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tombol Tak Bergerak? Abang Ni Tunjuk Cara Tukar “Latch” Pintu Dengan Mudah

Mesti ramai antara kita pernah terjadi masalah tombol pintu tidak bergerak kan?

Apabila berlaku, kita akan menggunakan bermacam-macam cara, ada yang guna kad, pembaris besi, kunci dan macam-macam lagi. Namun, masih susah untuk menggerakkan tombol.

Salah satu jalan singkat yang sering digunakan ialah memecahkan tombol pintu untuk digantikan tombol yang baru.

Sebenarnya, salah satu punca tombol pintu ini tidak bergerak adalah disebabkan latch.

Ekoran itu, kali ini, SK akan kongsi tips mengenai cara menukar tombol pintu yang tidak bergerak.

Tips ini telah dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok @Comen.Os .

Cara Tukar Latch Pintu

Latch ada tiga size latch 60MM, 70 MM dan 90MM. Tapi standard pintu akan menggunakan latch size 60MM.

image is not available

Mula-mula cara buka tombol pintu ini kita perlukan test pen.

image is not available

Seterusnya, kita pergi ke bahagian dalam tombol pintu yang berhampiran dengan butang tekan tombol pintu. Jadi di situ, kita boleh nampak satu lubang yang ada punat, tekan punat menggunakan test pen dan cabut kepala tombol pintu.

image is not available

Setelah cabut kepala tombol, pusingkan pada bahagian bulatan tombol. Terdapat dua jenis dan dua cara pembukaan bulatan ini. Pertama umpil dan kedua pusingkan. Kalau jenis yang ini kita cuma pusingkan (merujuk tombol dalam video).

image is not available

Bila dah pusing, buka skru pada bahagian pencengkam tombol dan pintu. Kemudian, tombol belakang dicabut.

image is not available

Seterusnya, buka skru pada bahagian latch. Kalau tidak dapat buka ambil test pen tekap pada bahagian skru kemudian putarkan menggunakan pemutar skru.

Cara bezakan latch 60MM, 70 MM dan 90 MM

image is not available

Apa beza latch 60 MM, 70MM dan 90 MM? Ukur bahagian latch dengan menggunakan tape pengukur. Selepas itu kira titik pusat yang berada di situ.

Kalau misalnya anda mengukur titik pusat ke 70 maka anda perlu mengambil latch 70MM dan kalau anda mengukur 90 anda perlu mengambil 90MM.

Cara Pasangkan Tombol

image is not available

Mula-mula pasangkan Latch dan skru dan masukkan balik silinder lock ke dalam lubang pintu.

Caranya, pastikan silinder lock dan latch dipasangkan dengan selari supaya tombol pintu dapat digerakkan dengan baik.

image is not available

Apabila sudah pasangkan option untuk spray pada bahagian pintu untuk mengelakkan tombol pintu berkarat.

Spray di seluruh permukaan tombol pintu supaya barang tombol pintu tersebut menjadi tahan lama.

image is not available

Setelah itu, pasangkan bulatan atau cover pintu. Teknik pemasangan cover ini ialah pastikan garisan yang ke dalam pada bulatan itu dipasangkan pada bahagian dalam dan diskru.

Jika cover tersebut dipasangkan secara terbalik besar kemungkinan pintu boleh rosak.

image is not available

Selepas itu ambil cover tersebut dan pusingkan.

image is not available

Akhir sekali, pasangkan tombol pintu dan siap. Mudah dan jimat kan? Selamat mencuba!

Nak faham dengan lebih jelas, tonton video di bawah ini.

Sumber: comen.os