TomTom – Penduduk Kuala Lumpur Membazirkan 159 Jam Setahun Dalam Kesesakan Jalan Raya

TechnologyDigitalCars
13 Mar 2023 • 1:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pandemik sudah “berakhir” dan ramai majikan memerlukan pekerja kembali ke pejabat. Akibatnya ramai merungut kesesakan jalan raya yang tidak menjadi norma harian ketika pandemik harus diharungi semula. Menurut data yang dikumpul oleh TomTom, Kuala Lumpur ialah bandaraya di tangga 143 paling sesak sepanjang 2022.

image is not available

Secara purata masa diambil untuk bergerak 10km di Kuala Lumpur ialah 16 minit 10 saat. Ini adalah peningkatan sebanyak 1 minit 40 saat berbanding tahun 2021 mengesahkan keadaan trafik di ibu negara menjadi semakin teruk seperti yang dikhabarkan. Secara purata pengguna jalan raya KL menghabiskan 159 jam setahun dalam kesesakan ini.

image is not available

Bandar dengan kesesakan paling teruk ialah London dengan pemandu menghabiskan hampir 37 minit untuk bergerak 10km diikuti oleh Bengaluru, Dublin, Sapporo, dan Milan. Di rantau Asia Tenggara, Manila ialah kota dengan kesesakan paling teruk dengan ia berada di tangga ke-9 dengan masa yang diambil 27 minit untuk 10km.