“Too Much..” – Emma Maembong Tepuk Punggung Shahz Jaszle, Netizen Tanya Tak Serik Ke?

Entertainment
9 Aug 2022 • 4:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelakon utama drama Mati Pucuk iaitu Emma Maembong dan Shahz Jaszle teruk dikecam oleh netizen selepas melakonkan babak dimana mereka menari sambil berpelukan mesra walaupun masing-masing sudah mendirikan rumahtangga.

Belum habis mengenai isu tersebut, muncul pula isu yang sama apabila Shahz sekali lagi memuat naik hantaran video di laman TikTok miliknya memaparkan momen-momen disebalik tabir drama tersebut.

Menerusi video tersebut, Emma dan Shahz dilihat ‘enjoy‘ melakonkan watak masing-masing ketika berada di set penggambaran.

Malah, turut dilihat beberapa potongan video dimana mereka berdua melalukan aksi-aksi lucu bersama selain Emma dilihat memukul punggung Shahz.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan kemesraan pelakon itu kerana masing-masing sudahpun bergelar suami dan isteri orang.

Why tak jaga batas langsung? – netizen.

Dia main tepuk-tepuk pulak haha rghisau,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Apa Perasaan Laki Bini?" - Sakan Menari Sambil Berpelukan, Aksi Mesra Emma Maembong & Shahz Jaszle Dikritik