
Top 9 Kuasa Ketenteraan Terkuat Di Asia Tenggara, Di Mana Malaysia?
Asia Tenggara merupakan sebuah rantau yang kaya dengan kepelbagaian dan potensi ketenteraan yang unik. Setiap negara mempunyai kekuatan tersendiri, sama ada dari segi bilangan tentera, teknologi, atau strategi pertahanan.
Berdasarkan penilaian tahunan 2025 oleh Global Firepower (GFP), kesemua 9 negara utama di Asia Tenggara telah dinilai menggunakan lebih 60 faktor berbeza untuk menentukan Indeks Kuasa (PwrIndx) masing-masing.
Indeks ini membantu memberikan gambaran tepat mengenai kekuatan ketenteraan konvensional negara-negara di rantau ini.
Justeru, berikut adalah senarai Top 9 kuasa ketenteraan terkuat di Asia Tenggara pada 2025:
- Indonesia – PwrIndx 0.2557
- Vietnam – PwrIndx 0.4024
- Thailand – PwrIndx 0.4536
- Singapura – PwrIndx 0.5271
- Myanmar – PwrIndx 0.6735
- Filipina – PwrIndx 0.6987
- Malaysia – PwrIndx 0.7429
- Kemboja – PwrIndx 2.0752
- Laos – PwrIndx 2.2663
Berdasarkan laporan ini, indeks GFP menunjukkan bahawa Indonesia merupakan salah satu kuasa ketenteraan teratas di peringkat global, berada dalam senarai 15 teratas.
Bagi tahun 2025, Indonesia menduduki kedudukan ke-13 daripada 145 negara yang dinilai dalam tinjauan tahunan GFP.
Negara ini mempunyai skor PwrIndx sebanyak 0.2557 (skor 0.0000 dianggap sebagai ‘sempurna’). Maklumat ini terakhir disemak pada 01/08/2025, lapor GFP.
Di mana pula Malaysia?
Bagi tahun 2025, Malaysia menduduki kedudukan ke-42 daripada 145 negara yang dinilai dalam tinjauan tahunan GFP.
Negara ini mempunyai skor PwrIndx sebanyak 0.7429 (skor 0.0000 dianggap sebagai ‘sempurna’). Maklumat ini terakhir disemak pada 01/09/2025, lapor GFP.
Sumber: Global Firepower
The post Top 9 Kuasa Ketenteraan Terkuat Di Asia Tenggara, Di Mana Malaysia? appeared first on Siakap Keli.



