TotalEnergies jual pegangan 85% dalam aset gas luar pesisir Malaysia kepada firma Jepun pada harga RM1.43 bilion

LocalBusiness & Finance
3 Jul 2026 • 9:19 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TotalEnergies jual pegangan 85% dalam aset gas luar pesisir Malaysia kepada firma Jepun pada harga RM1.43 bilion Image from: TotalEnergies jual pegangan 85% dalam aset gas luar pesisir Malaysia kepada firma Jepun pada harga RM1.43 bilion johardy03/07/2026 - 09:19 Oleh Mohamad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 Julai - Syarikat gergasi minyak Perancis, TotalEnergies bersetuju menjual pegangan 85% dalam Blok 2E di luar pesisir Malaysia kepada firma tenaga Jepun, Inpex pada harga AS$350 juta (RM1.43 bilion).

 

Pelupusan itu, yang mewakili kepentingan bersih sebanyak 8.5% dalam medan gas Marjoram yang kini sedang dibangunkan, membolehkan syarikat tersebut merealisasikan nilai pegangan minoritinya dalam projek gas yang tidak dikendalikan sendiri bagi memberi tumpuan kepada portfolio yang dikendalikan serta peluang pertumbuhan di Malaysia.

 

TotalEnergies berkata, langkah itu selaras dengan strateginya untuk mengurus portfolio secara aktif dan menumpukan kepada aset yang mempunyai kedudukan strategik.

 

Presiden Eksplorasi dan Pengeluaran TotalEnergies, Nicholas Terraz berkata, perjanjian itu menyokong aspirasi syarikat untuk membangunkan projek berkos rendah dan rendah pelepasan karbon.

 

"Perjanjian ini sejajar sepenuhnya dengan strategi kami untuk mengurus portfolio secara aktif dan mengutamakan kedudukan yang signifikan bagi menyokong cita-cita kami membangunkan projek berkos rendah dan rendah pelepasan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Malaysia kekal pasaran strategik

Di Malaysia, TotalEnergies masih mempunyai kepentingan dikendalikan dan tidak dikendalikan dalam 17 blok luar pesisir selepas pelupusan tersebut.

 

Syarikat itu juga merupakan pengeluar gas ketiga terbesar di Malaysia susulan pengambilalihan SapuraOMV Upstream daripada syarikat yang kini dikenali sebagai Vantris Energy Bhd.

 

Pada April lalu, TotalEnergies membentuk usaha sama bernilai AS$2.2 bilion dengan syarikat tenaga boleh diperbaharui milik kerajaan Emiriah Arab Bersatu, Masdar, bagi menggabungkan aktiviti tenaga boleh diperbaharuinya di daratan merangkumi sembilan negara Asia termasuk Malaysia.

 

Terraz berkata, Malaysia kekal menjadi platform strategik bagi pertumbuhan syarikat itu di rantau ini.

 

"Dengan medan Jerun kini mula mengeluarkan gas dan portfolio peluang yang besar, Malaysia merupakan platform strategik bagi strategi pertumbuhan TotalEnergies, bukan sahaja untuk negara ini tetapi juga bagi rantau Asia Tenggara secara keseluruhan," katanya. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved