Touch n Go eWallet lancar kad Visa yang boleh digunakan di seluruh dunia, kecuali di Touch n Go

18 Jan 2023 • 11:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Setelah sekian lama memberi petunjuk kewujudannya, Touch n Go eWallet akhirnya secara rasmi melancarkan kad prabayar Visa mereka. Pendaftarannya juga telah dibuka untuk semua, di mana sebelum ini hanya diberikan kepada pengguna terpilih.

Dengan kad prabayar Visa ini, pengguna Touch n Go eWallet boleh melaksanakan pelbagai bentuk pembayaran seperti kad Visa lain, iaitu di mana-mana tempat yang menerima pembayaran Visa termasuk bayaran tanpa sentuh Paywave. Bayaran ini akan menggunakan baki yang terdapat di dalam baki eWallet pengguna.

image is not available

Pelancaran hari ini turut mempamerkan rekaan kad unik yang dihasilkan oleh Damien Wong, seorang pelukis berbakat daripada United Voice yang menghidap autisma. Rekaan ini adalah berdasarkan lukisannya yang menggabungkan hamburan warna biru, hijau dan kuning, memperlihatkan pandangan Damien terhadap dunia. Menurut Touch n Go, hasil pembelian lukisan akan disalurkan terus kepada Damien, manakala RM2 akan didermakan kepada United Voice untuk setiap pendaftaran kad.

image is not available

Kad Visa TNG ini dilaporkan adalah kad pertama tanpa nombor dicetak padanya, menyatakan tahap keselamatan lebih tinggi dan mengelakkan berlaku penipuan. Semua angka di kad ini boleh disemak menerusi aplikasi Touch n Go eWallet, untuk sebarang transaksi atas talian atau yang memerlukan nombor kad. Antara ciri keselamatan kad ini adalah membeku penggunaan kad dan membuat tetapan PIN, semuanya boleh dilakukan di dalam aplikasi.

Kad yang baru dilancarkan ini boleh digunakan di lebih 80 juta peniaga yang menerima Visa serta ATM di seluruh dunia. Bagaimanapun, satu-satunya tempat yang ramai menyangka ia boleh digunakan tetapi sebenarnya tidak, adalah di terminal pembayaran Touch n Go sendiri, seperti tol lebuhraya serta tempat meletak kenderaan akibat kekangan teknikal, terang Touch n Go.

image is not available

Buat masa ini kad Visa Touch n Go ditawarkan secara percuma tetapi pemohon perlu membayar kos penghantaran RM5. Kad ini ada had penggunaan sebanyak RM5,000 sehari. Apabila ditanya tentang had ini, Touch n Go menjelaskan ia untuk keselamatan dan mencukupi untuk 99% pengguna mereka. Touch n Go juga menjelaskan bahawa kad Visa mereka dilindungi protokol keselamatan Touch n Go serta Jaminan Pemulangan Wang mereka.

image is not available

Untuk penggunaan di ATM, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM1.40 dalam Malaysia dan RM15 di luar negara. Terdapat juga yuran tahunan sebanyak RM8 dikenakan serta bayaran permohonan sebanyak RM10, tetapi kedua-duanya dikecualikan buat masa ini sehingga diberitahu kelak.

Bacaan Berkaitan