Touch n Go eWallet Menghadapi Masalah Teknikal – Aplikasi Sukar Diakses

TechnologyDigital
17 May 2023 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch n Go eWallet kini dilihat menghadapi masalah teknikal, sekaligus membuatkan orang ramai sukar untuk mengakses dompet digital berkenaan. Daripada percubaan kami sendiri, ia log keluar akaun, dan kadang-kala tergendala secara automatik.

image is not available

Mengikut perkongsian pihak TNG eWallet, mereka sedang dalam proses menyelesaikan masalah ini. Namun, ia dinyatakan yang mana pengguna masih boleh menggunakan ciri PayDirect dan RFID sekiranya mempunyai baki yang mencukupi pada dompet digital berkenaan.

Buat masa ini, tiada sebarang latar masa diberikan untuk perkhidmatan tersebut kembali beroperasi seperti sedia kala sepenuhnya.