Touch n Go eWallet Perkenal Ciri Parkir LPR – Bayar Parkir Secara Automatik Melalui Pengecaman Nombor Plat

TechnologyDigital
13 Mar 2025 • 5:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch n Go eWallet kini menambah satu lagi ciri baru memfokuskan pemandu kereta, iaitu “Parkir LPR”. Melaluinya, ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.

Parkir LPR menggunakan sokongan pengecaman nombor plat. Ini sekaligus membolehkan anda kekal memandu tanpa perlu membuka tingkap kenderaan. Selain itu, ini juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu melakukan pembayaran manual di kaunter tiket, mahupun menyentuh kad pada terminal.

image is not available

Buat masa ini, lokasi yang menyokongnya masih terhad, namun dijangka akan ditambah secara berperingkat dari masa ke semasa. Bagi anda yang menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet, anda boleh ke menu Parkir LPR, seterusnya menambah nombor plat kenderaan, serta mengaktifkan ciri berkenaan melaluinya. Pembayaran parkir akan menggunakan baki wang pada dompet digital Touch n Go eWallet.

image is not available

Selain TNG eWallet, pihak Setel turut menawarkan ciri lebih kurang sama melalui aplikasi mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved