Touch ‘n Go lancar Charm dan RFID Tag edisi Pokemon, harga dari RM35

LocalDigital
23 Oct 2025 • 8:11 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Touch ‘n Go kini memperkenalkan koleksi edisi khas baharu, TNG x Pokémon. Koleksi edisi khas ini menampilkan dua watak ikonik, Pikachu dan Gengar, dalam bentuk TNG Charm NFC dan TNG RFID Tag.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, TNG Charm edisi khas Pokémon dijual pada harga RM35 setiap satu, manakala TNG RFID Tag edisi Pokémon pula berharga RM40. Sebagai perbandingan, harga ini sedikit lebih tinggi berbanding edisi istimewa TNG Charm dan RFID sebelum ini, yang masing-masing dijual pada RM30 dan RM35.

Bagi yang belum biasa, TNG Charm berfungsi sama seperti Enhanced TNG NFC Card. Anda boleh menggunakannya untuk membayar tol, parkir, dan pengangkutan awam. juga boleh dipautkan terus ke aplikasi TNG eWallet, membolehkan anda menambah nilai dengan hanya menyentuh Charm pada telefon pintar yang menyokong NFC.

Manakala untuk TNG RFID Tag Pokémon, fungsinya kekal sama seperti tag RFID standard, digunakan untuk pembayaran tol tanpa tunai. Bezanya, versi ini hadir dengan rekaan khas dan pembungkusan eksklusif Pokémon, lengkap dengan rekaan Pikachu atau Gengar untuk koleksi peminat.

Koleksi TNG x Pokémon ini kini boleh didapati melalui kedai dalam talian rasmi TNG, stor rasmi TNG di Shopee, serta di hab Touch ‘n Go yang terletak di Nu Sentral dan Bangsar South.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved