Touch ‘n Go lancarkan Oyen, Charm siri Furry baharu untuk peminat kucing

Digital
30 Oct 2023 • 6:44 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas memperkenalkan Charm arnab pada bulan Ogos, kini Touch 'n Go menambah daya tarikan baru dalam siri "Furry" dengan melancarkan "Oyen", rekaan kucing oren yang disukai ramai.

image is not available

Charm dalam bentuk rantai kunci ini boleh dijadikan sebagai aksesori hiasan tambahan pada beg, dompet, kunci kereta atau apa sahaja barang bagi menambahkan lebih nilai pemperibadian, di samping fungsi utamanya sebagai kad Touch n Go Enhanced atau TNG NFC.

Cara untuk membuat tambah nilai untuk tag Charm ini juga adalah sama seperti kad TNG NFC biasa. Di mana anda harus menambahnya ke dalam aplikasi TNG eWallet. Selepas itu, ia boleh ditambah nilai menggunakan baki eWallet dengan menyentuh di ruang NFC pada telefon.

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, ia akan mula di Pusat Perkhidmatan & Jualan Touch n Go di Bangsar South dan Nu Sentral bermula 31 Oktober 2023 pada harga RM30. Pembelian juga boleh dilakukan secara atas talian di stor rasmi Touch 'n Go di Shopee.

Nak tahu lebih terperinci macam mana ia berfungsi? Tontonnya dalam video kami di bawah ini. 

Bacaan berkaitan: