Touch ‘n Go Perkenalkan Kad Edisi Terhad Extendable Charm Pickleball Edition

TechnologyDigital
18 Jul 2025 • 2:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pickleball kini menjadi sukan yang semakin popular dan mendapat perhatian ramai. Menyedari keterujaan itu, Touch ‘n Go memperkenalkan kad edisi terhad bertemakan sukan tersebut melalui keluaran terbaru mereka Extendable Charm Pickleball Edition.

image is not available

Kad ini direka dengan gaya yang comel dan hadir dalam dua pilihan warna menarik yang sesuai untuk pelbagai personaliti pengguna. Pilihan pertama menampilkan kombinasi hitam dengan kuning dan hijau yang nampak malar hijau manakala pilihan kedua pula hadir dengan gabungan warna merah jambu, ungu, biru dan merah yang lebih ceria.

Mengikuti konsep ‘extendable’ seperti versi bertema kucing sebelum ini, kad ini boleh dipanjangkan untuk kegunaan yang lebih fleksibel. Kad ini dijual pada harga jualan RM38 dan hadir bersama promosi eksklusif.

Setiap pembelian memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi RM100 TNG eWallet Reload Pin setiap bulan. Ia boleh didapati melalui laman rasmi TNG Shop dan Shopee serta secara fizikal di TNG Hubs yang terletak di Bangsar South dan Nu Sentral.