Touch ‘n Go x Shopee keluarkan kad tema Hari Raya, tawar pakej bundle

LocalDigital
27 Mar 2024 • 1:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas perkenalkan Charm dan kad bertemakan Tahun Baru Cina, kali ini Touch ‘n Go dengan kerjasama Shopee melancarkan pula kad Touch ‘n Go Enhanced atau TNG NFC edisi Hari Raya.

Sumbangan RM1 ke Hunger Hurts Malaysia

Tampil dengan rekaan sampul duit raya, kad edisi terhad itu berfungsi seperti kad TNG NFC biasa, yang membolehkan anda untuk membuat tambah nilai kad dari telefon pintar yang memiliki fungsi NFC terus ke dalam aplikasi TNG eWallet. Kad ini juga menyokong fungsi PayDirect untuk membayar tol, di mana ia akan menggunakan baki di aplikasi TNG eWallet apabila kad disentuh di plaza tol.

Istimewanya kali ini, bagi setiap pembelian kad TNG NFC yang dibuat menerusi Shopee, RM1 akan didermakan kepada Hunger Hurts Malaysia (HHM). Ia merupakan sebuah organisasi yang membantu membasmi kemiskinan di Asia Tenggara. Buat masa ini, HHM sedang menjalankan beberapa projek termasuk Projek Sekolah, OneMeal dan Feed A Kid.

Selain dapat sumbangan RM1, setiap pembelian kad TNG x Shopee Raya turut akan menerima baucar kejutan yang boleh digunakan untuk pembelian di platform e-dagang tersebut

Harga dan pakej promosi TNG Hari Raya 

Kad TNG NFC Hari Raya ini dijual pada harga RM25. Selain itu, anda juga ditawarkan dua pilihan pakej bundle menarik, iaitu:

  • Pakej 1: Kad TNG NFC Hari Raya + Charm OyenRM52 
  • Pakej 2: Kad TNG NFC Hari Raya + kit pemasangan sendiri TNG RFID – RM55

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pembelian secara atas talian di stor rasmi Touch 'n Go di Shopee.

Bacaan berkaitan: