Tourism Malaysia sasar 35.6 juta pelancong asing tahun depan

9 Dec 2024 • 3:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kerjasama erat Tourism Malaysia bersama media amat penting bagi mencapai sasaran ketibaan seramai 35.6 juta pelancong asing tahun depan.

Pengarah Tourism Malaysia Sabah Haryanty Abu Bakar berkata jangkaan pendapatan pelancongan adalah sebanyak RM147.1 bilion dan 261 juta pelawat domestik dengan sasaran perbelanjaan RM115.2 bilion.

Advertisement“Keterlibatan media dalam mempromosikan Malaysia akan melengkapkan lagi program fast conversion dan berimpak tinggi yang direncanakan oleh bagi pasaran domestik dan antarabangsa.

“Dan melalui kerjasama strategik bersama syarikat penerbangan termasuk di platform digital selain pelaksanaan misi jualan dan penyertaan di pameran-pameran pelancongan,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Beliau berkata demikian pada acara boling bersama media di Centre Point yang dihadiri 40 pengamal media termasuk wakil Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) serta penggiat industri pelancongan tempatan.

“Bersandarkan potensi dalam segmen ekopelancongan dan pengembaraan, Sabah berada dalam kedudukan terbaik untuk menarik ketibaan pelancong global yang mencari pengalaman autentik.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Setakat September 2024, Malaysia mencatatkan ketibaan 18.4 juta pelancong antarabangsa dengan merekodkan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.

“Penganjuran acara ini dengan sokongan kerjasama strategik daripada syarikat penerbangan MASWings adalah bertujuan menghargai pihak media yang sentiasa memberikan sokongan kepada Tourism Malaysia khususnya dalam mempromosikan destinasi pelancongan menarik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.,” tambahnya.