Tourism Selangor manfaat SUKMA 2026 promosi pelancongan negeri

LocalTravel
22 Jul 2026 • 11:11 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tourism Selangor manfaat SUKMA 2026 promosi pelancongan negeri

SHAH ALAM, 22 JULAI: Tourism Selangor memanfaatkan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dan Para SUKMA sebagai platform memperkukuh promosi destinasi pelancongan negeri menjelang kehadiran atlet, pegawai serta pengunjung dari seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling berkata pihaknya kini giat membuat persediaan bagi menyambut kehadiran kontinjen yang akan menyertai temasya berkenaan pada Ogos dan September ini.

Beliau berkata antara inisiatif dirancang ialah menjalinkan kerjasama dengan syarikat perhotelan untuk menyediakan maklumat berkaitan lokasi pelancongan menarik di seluruh Selangor.

“Selaku tuan rumah SUKMA dan Para SUKMA bermula Ogos depan, kita akan terima kehadiran ramai atlet dan pegawai dari seluruh Malaysia. Jadi, kita dalam persediaan menyambut mereka.

Image from: Tourism Selangor manfaat SUKMA 2026 promosi pelancongan negeri
Rakaman Bicara Semasa bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling di Studio MSSB, Shah Alam pada 23 Disember 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Dalam masa sama, kita adakan kerjasama dengan pihak hotel untuk mempromosikan tempat pelancongan. Kita yakin temasya ini akan menarik kehadiran ahli keluarga atlet,” katanya kepada Media Selangor.

Yee Ling berkata penganjuran dua temasya itu akan membantu sasaran sembilan juta pelancong sempena Tahun Melawat Selangor 2026 tercapai selain turut memberi nilai tambah kepada ekonomi tempatan.

April lalu, EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim yakin Selangor mampu mencapai sasaran sembilan juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Selangor 2026.

Menurutnya, walaupun berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat, langkah proaktif telah dirangka bagi memastikan sektor itu terus kukuh, termasuk mengalih fokus promosi kepada pasaran Asia seperti Jepun, China, Taiwan serta negara Asia Tenggara.

Selain itu, usaha turut dipergiat untuk menarik pelancong dari Australia sebagai sebahagian langkah mengimbangi kekurangan daripada pasaran tertentu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved