Town Hall Dengan 140 Atlet, Hannah Yeoh Dengar Sendiri Cadangan Tambah Baik Sukan Negara

19 Dec 2022 • 4:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengadakan sesi mesyuarat ‘townhall’ bersama 140 atlet bagi mendengar cadangan penambahbaikan pengurusan sukan negara di Bukit Jalil, pada Ahad.

Difahamkan, mesyuarat itu diadakan untuk mengetahui cadangan daripada para atlet berkenaan dengan perkara yang perlu diberi perhatian penuh dalam pengurusan.

Ujar Hannah, perkara tersebut dilakukan adalah bagi merapatkan jurang antara atlet dan persatuan sukan selain mengambil maklum tentang masalah yang dihadapi oleh mereka serta mengekalkan hubungan baik.

“Hanya team Pejabat Menteri hadir mendengar.

“Saya akan mengadakan beberapa sesi townhall untuk atlet dan persatuan sukan supaya engagement seperti ini berterusan,” katanya dalam ciapan di laman Twitter pada Ahad.

Hannah Yeoh juga dilihat meluangkan masa bersama para atlet kebangsaan untuk memahami kehidupan mereka di Bukit Jalil serta meninjau tempat makan dan menu harian.

image is not available
Kredit: Hannah Yeoh via Twitter

image is not available
Kredit: Hannah Yeoh via Twitter

Sumber: Hannah Yeoh via Twitter