Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib Hilang Di Sekitar Hotel

LocalCars
18 May 2025 • 1:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib Hilang Di Sekitar Hotel

Toyota Alphard milik Pengerusi Masjid Al-Busyra, Merbok, Ustaz Mohd Firdaus Mat Akhir, dilaporkan hilang selepas dicuri di kawasan parkir sebuah hotel di Sungai Senam, Ipoh, pada awal pagi Sabtu.

Ustaz Firdaus memaklumkan kejadian itu menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya, ‘Firdaus Firabib’.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa barangan berharga seperti dron dan kamera berada di dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran, VM 7515 itu ketika ia dicuri.

Menurut laporan media tempatan, kes kehilangan itu kini dalam siasatan pihak polis selepas laporan dibuat oleh mangsa.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.

Terdahulu, kejadian ini menjadi tular di media sosial selepas Ustaz Firdaus memuat naik video rakaman berkaitan kehilangan kenderaan itu.

https://www.facebook.com/firabib/videos/1266121355521920/

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved