Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun

LocalBusiness & Finance
8 Aug 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi. Proses perolehan tanah bagi projek kilang terbaru ini kini sedang berjalan.

Menurut kenyataan rasmi, kilang baharu itu dijangka memulakan operasi pengeluaran pada awal dekad 2030-an. Walaupun model yang akan dihasilkan di kilang ini masih belum diputuskan, Toyota menjanjikan fasiliti berteknologi canggih yang mampu menyokong persekitaran kerja yang inklusif dan pelbagai. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif 'kilang masa depan' Toyota.

image is not availableimage is not available

Toyota turut menegaskan komitmen untuk mengekalkan kapasiti pengeluaran sebanyak tiga juta kenderaan di kesemua kilang mereka di Jepun.

image is not availableimage is not available

Kilang pengeluaran Toyota Motomachi (kiri) dan Takaoka (kanan) di Jepun

Setelah siap, kilang Teihoucho akan menjadi kilang pengeluaran kenderaan keenam yang diuruskan Toyota di Jepun. Lima kilang lain yang sudah beroperasi termasuklah kilang utama Toyota di Motomachi, kilang penghasilan sistem hibrid dan komponen casis di Honsha serta kilang Takaoka, Tsutsumi dan Miyoshi.

image is not availableimage is not available

Dalam perkembangan lain, Toyota mendedahkan keputusan kewangan suku pertama bagi tahun kewangan 2026 (April hingga Jun). Dalam tempoh ini, Toyota berjaya menghantar sebanyak 2.829 juta kenderaan, meningkat 7.3% berbanding 2.636 juta unit bagi tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Walau terdapat peningkatan jualan, Toyota meramalkan sasaran jualan global mereka bagi tahun kewangan 2026 akan kekal pada 11.2 juta unit, sama seperti tahun kewangan 2025.