Toyota Corolla GR Sport 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM149,800, Guna Sistem Transmisi Lebih Sporty!

LocalCars
5 Jan 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain dua model hatchback sporty, GR Yaris dan GR Corolla 2025, UMW Toyota Motor (UMWT) turut melancarkan model sporty yang ketiga, Toyota Corolla GR Sport, semasa acara akhir Toyota Gazoo Racing Malaysia Musim Ke-7 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang awal hari ini.

Penambahbaikan Mekanikal

image is not available

Menggantikan Corolla GR Sport 2023, versi kali ini hadir dengan beberapa penambahbaikan yang menarik. Dari sudut trenkuasa, walaupun masih menggunakan enjin 1.8 liter Dual VVT-i 4 silinder dengan output 137 hp (139 ps) dan 172 Nm, kuasa kini disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi ‘Sport Sequential Shiftmatic’ 10 kelajuan dan bukan lagi transmisi automatik CVT 7 kelajuan.

Sistem transmisi yang sama turut digunakan pada varian Toyota Vios GR Sport generasi sebelum ini. Walaupun ia masih lagi ‘sejenis’ CVT, ia menggunakan ECU yang telah dikemaskini, membolehkan fungsi seperti ‘Auto Brake Downshifting’ dan ‘Cornering Gear Fix Control’.

Menyempurnakan lagi sistem pada model kali ini ialah ECU stereng kuasa yang juga telah dioptimumkan supaya lebih responsif, menjanjikan kelancaran semasa membuat pusingan yang agresif.

DNA sporty lain seperti sistem suspensi dengan spring yang keras masih dikekalkan untuk mengurangkan pergerakan badan seperti roll, pitch dan bouncing.

Sentuhan Sporty Di Luar & Dalam

image is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available

Di bahagian luar, Corolla GR Sport 2025 tampil dengan gaya agresif, termasuk gril hadapan yang berbentuk lebih 'petak,' spoiler pada penutup but, lampu belakang yang berwarna gelap (smoked), rim aloi 18 inci berwarna hitam serta pilihan warna dua tona dengan bumbung hitam yang eksklusif.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Bergerak masuk ke bahagian dalamnya, aura sporty kekal terserlah dengan tema hitam, tempat duduk dalam balutan kulit yang diberikan jahitan merah, tali pinggang keselamatan merah dan logo GR Sport. Dari segi teknologi, model ini dilengkapi skrin infotainmen 10 inci baharu yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

image is not available

Ciri Keselamatan Canggih

Toyota Corolla GR Sport 2025 didatangkan dengan pakej keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang komprehensif merangkumi:

Harga Jualan & Jaminan

image is not available

Tanpa insurans, Toyota Corolla GR Sport 2025 dijual pada harga RM149,800, hanya RM5,000 lebih mahal daripada varian Corolla 1.8G. Harga ini termasuk jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan daripada UMWT.