Toyota Eco Youth 2025 : 30 Sekolah Terpilih

LocalEnvironment
2 May 2025 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

UMW Toyota Motor (UMWT) telah memilih 30 buah sekolah terpilih dalam pogram Toyota Eco Youth (TEY) 2025, yang diadakan baru-baru ini.

Acara ini yang diadakan setiap tahun memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia untuk membangunkan serta mempamerkan penyelesaian inovatif dalam menangani isu alam sekitar.

Setiap 30 buah sekolah yang dipilih itu turut menerima geran RM3,000 (jumlah keseluruhan RM90,000) bagi memulakan projek lestari yang memberi impak, lebih daripada sekadar peningkatan kesedaran dan memberi manfaat kepada komuniti serta alam sekitar.

image is not available

Projek akan dinilai berdasarkan 4 kriteria di bawah:

i. Penilaian di Lokasi (40%): Menilai keberkesanan pelaksanaan projek secara praktikal di lokasi sebenar, sama ada di sekolah atau dalam komuniti.

ii. Pembentangan Projek (20%): Menilai mutu penyampaian keseluruhan projek menerusi penceritaan yang jelas, menarik dan berkualiti.

iii. Pameran Projek (20%): Menilai daya kreativiti, interaktiviti dan kualiti visual pembentangan projek dalam format pameran.

iv. Penglibatan Komuniti/Media Sosial (20%): Menilai inisiatif secara dalam talian dan luar talian dalam menggerakkan, mendidik dan penglibatan komuniti.

image is not available

Selepas penilaian projek di lokasi, hanya 15 buah sekolah terbaik akan mara ke peringkat akhir, dengan saingan diteruskan menerusi pembentangan dan pameran untuk merebut hadiah utama.