Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

LocalCars
29 Jan 2026 • 9:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini. Ini merupakan sejarah penting buat model sedan segmen B ini kerana ini merupakan kali pertama ia menerima sentuhan elektrifikasi. 

image is not available

Yang menariknya, Toyota Vios HEV (yang dikenali sebagai Yaris Ativ HEV di Thailand) dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan Bukit Raja, Shah Alam. Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu:

Vios 1.5 HEV: RM103,900Vios 1.5 HEV GR Sport: RM109,900

Toyota turut menawarkan ketenangan minda dengan jaminan kenderaan selama 5 tahun tanpa had perbatuan. Manakala untuk komponen hibrid dan bateri, jaminannya adalah lebih panjang iaitu 8 tahun tanpa had perbatuan.

Sejauh mana kehebatan enjin hibrid baharu ini?

Kedua-dua varian menggunakan sistem enjin 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural yang dibantu oleh motor elektrik dan bateri litium-ion 4.3 Ahr. Sistem ini dipadankan dengan kotak gear E-CVT.

Secara keseluruhan, gabungan kuasa ini menghasilkan 111 PS (109 hp) iaitu peningkatan sebanyak 5% berbanding varian bukan hibrid. Tork dari motor elektrik pula mencecah 141 Nm untuk pecutan yang lebih responsif.

Betul ke jimat minyak?image is not available

Toyota mendakwa Vios HEV mencatatkan purata penggunaan bahan api serendah 3.6 liter bagi setiap 100 km (berdasarkan standard NEDC). Ini bermakna ia adalah 31% lebih efisien berbanding model Vios sedia ada. 

Apa yang unik dengan varian GR Sport?image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Bagi peminat pemanduan yang lebih "sporty", varian GR Sport bukan sekadar kosmetik. Ia dilengkapi dengan:

Sistem suspensi yang ditala khusus untuk prestasi.Sistem stereng kuasa elektrik (EPS) dengan talaan sport.Rim 17 inci eksklusif GR Sport.Kit badan (aerokit) yang lebih agresif.Ruang dalaman dengan tempat duduk dan stereng berlogo GR Sport.image is not availableimage is not availableApakah ciri teknologi dan keselamatan yang ada?image is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available

Vios HEV kini lebih canggih dengan skrin infotainmen yang lebih besar bersaiz 10.1 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Aspek keselamatan juga diberikan penekanan yang mana kedua-dua varian didatangkan standard dengan pakej Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi sistem bantuan pemandu ADAS yang lengkap.

Juga Menarik: [PANDU UJI] Toyota Vios 2023 1.5G – Lebih Baik Dalam Segenap Aspek, Benarkah?

Juga Menarik: Toyota Vios 2023 Dilancarkan – 2 Varian, Harga Dari RM89K