Toyota Yaris Cross: Kembar Seiras Perodua Traz

LocalCars
2 May 2026 • 3:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Toyota Yaris Cross: Kembar Seiras Perodua Traz

Toyota Yaris Cross: Kembar Seiras Perodua Traz

Semua sedia maklum adik kepada Toyota, iaitu Perodua telah melancarkan Perodua Traz yang dijenamakan semula dari model Toyota Yaris Cross.

Perodua Traz dijual bermula pada harga RM76,100 untuk varian X, RM81,100 untuk varian H dan varian H warna 2 tona dengan harga RM82,000.

Toyota Yaris Cross Masuk Malaysia

Kenapa tiada varian Advance untuk Perodua Traz? Hal ini kerana, Perodua perlu memberi laluan kepada kembarnya Yaris Cross yang bakal dilancarkan di Malaysia bulan Mei ini.

Toyota Yaris Cross bakal masuk pasaran Malaysia dengan dua varian iaitu Yaris Cross 1.5S dan Yaris Cross Hybrid.

Image from: Toyota Yaris Cross: Kembar Seiras Perodua Traz

Jangkaan harga jualan bagi kedua-dua varian ini adalah RM99,900 untuk 1.5S dan RM109,900 untuk hybrid.

Kedua-dua varian ini juga dilengkapi dengan 10 inci infotainment display yang datang sekali dengan Apple Carplay dan Android Auto tanpa wayar.

Selain itu, kedua-dua varian juga menerima rekaan sport rim yang sama bersaiz 18 inci dan tidak ketinggalan ciri Adaptive Cruise Control dan Adaptive High Beam.

Toyota Yaris Cross hadir ke Malaysia dengan lima pilihan warna iaitu Dark Turqoise, Silver Metalic, Attitude Black, Spicy Scarlet SE dan Platinum Pearl White.

Yaris Cross ini telah membuat penampilan sulung di peringkat global di Indonesia pada 2023 dan ia dikesan dipandu di Malaysia sejak Februari tahun ini.

Malaysia bakal menerima model Yaris Cross yang spesifik dibina untuk pasaran ASEAN dan ia berbeza dengan yang dipasarkan di Eropah.

Walaupun belum dirasmikan lagi, Toyota Yaris Cross sudah boleh mula ditempah dari sekarang dan tempahan boleh dibuat di mana-mana bilik pameran Toyota atau secara online.

SK akan menyiarkan artikel yang lebih terperinci berkenaan spesifikasi penuh, harga dan pakej yang ditawarkan selepas ia rasmi dilancarkan nanti.

BACA JUGA!

View Original Article