TPM Fadillah Cadang Sarawak Isytihar Deepavali Sebagai Cuti Umum

10 Nov 2024 • 3:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Cadangan isytiharkan perayaan Deepavali sebagai cuti umum di Sarawak

TPM Fadillah Cadang Sarawak Isytihar Deepavali Sebagai Cuti Umum. Dilaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bakal mencadangkan kepada kerajaan negeri Sarawak untuk mengisytiharkan Deepavali sebagai cuti umum.

Beliau berkata, beliau sedar isu ini adalah antara yang sering dibangkitkan oleh komuniti Hindu di Sarawak. Ramai yang telah menyuarakan hasrat mereka agar Deepavali di Sarawak diiktirafkan sebagai cuti umum.

image is not available
TPM Fadillah Cadang Sarawak Isytihar Deepavali Sebagai Cuti Umum. Gambar sekadar hiasan

Bakal membangkitkan isu ini secara peribadi

Beliau berkata semasa majlis makan malam Deepavali yang dianjurkan oleh Persatuan India Kuching (IAK) baru-baru ini, bahawa dirinya yakin kerajaan Sarawak maklum akan hal ini, dan beliau secara peribadi akan membangkitkannya sekali lagi.

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan pernah berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan permintaan daripada masyarakat India di negeri ini untuk mengisytiharkan Deepavali sebagai cuti umum.

Isu ini pernah dibangkitkan sebelum ini, lihat artikel ini: