TPM Fadillah: Tingkat kesedaran jaga kualiti air

22 Mar 2024 • 4:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Peningkatan kesedaran dan usaha untuk melindungi dan menjaga kualiti air penting bagi kelestarian alam sekitar dan kesihatan manusia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kualiti air juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pencemaran industri, pertanian, pembangunan bandar, dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia.

“Air merupakan asas kehidupan. Malaysia juga sentiasa menitikberatkan pelaksanaan undang-undang yang wajar bagi memelihara kualiti, sumber, dan bekalan air negara.

“Marilah kita bersama-sama berikrar untuk menjaga dan menghormati sumber air yang kita miliki - Kurangkan pembaziran dan lindungi kawasan tadahan air, kerana setiap titisan air amatlah berharga,” katanya dalam catatan menerusi Facebook bersempena sambutan Hari Air Sedunia hari ini.

Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun dengan tema sambutan tahun ini ‘Air Untuk Keamanan’. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved