Tradisi Kejut Sahur Unik Di Flat Taman Setia Balakong

6 Apr 2023 • 9:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penduduk setempat memeriahkan tradisi kejut sahur sempena Ramadan Al Mubarak. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Memang bukan satu kemestian, tapi tradisi kejut sahur yang diadakan setiap kali Ramadan datang adalah sebuah rutin unik yang hampir pupus terutama dalam kalangan generasi masa kini.

Di kampung-kampung sekitar tahun 80-an, tradisi ini amat dekat dengan hampir setiap penduduk tidak kira muda atau tua.

Ia selain bertujuan membangunkan penduduk kampung untuk bersahur, aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain.

Kejut sahur secara tradisinya diadakan sekitar dua atau satu jam sebelum habis waktu bersahur setiap hari di bulan Ramadan. 

Selain laungan ‘bangun sahur’, ia akan diiringi dengan paluan rebana atau kompang dan diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Aktiviti yang hanya dapat dilihat pada bulan Ramadan ini kini diterus dan dikekalkan apabila kejut sahur turut boleh dilihat dijalankan penduduk kawasan Taman Setia, Balakong, Cheras.

Menurut mereka, kejut sahur adalah tradisi yang diwarisi daripada tiga hingga empat generasi terdahulu iaitu oleh datuk dan moyang mereka. 

Tidak mahu tradisi mulia ini ditelan zaman, setiap isi rumah di perkampungan ini memastikan hayat kejut sahur berpanjangan saban tahun.

Meski dinihari, dapat dilihat banyak anak muda yang ikut serta dalam aktiviti kejut sahur. Seawal pukul 3.30 pagi, suasana jalanan di kawasan ini sudah meriah dengan kumpulan yang bersiap menjalankan tanggungjawab mengejutkan keluarga dan rakan taulan untuk bangun bersahur.

Ada yang ‘bertugas’ melaungkan ‘bangun sahur’, ada yang ambil bahagian dengan memalu rebana, ada juga yang sekadar meramaikan suasana sekaligus menyemarakkan aktiviti tahunan ini.

Diharap dengan semangat dan kesedaran yang ada, aktiviti kejut sahur akan terus subur pada masa akan datang.

image is not available
Salah seorang petugas yang diberi tanggung jawab memalu rebana.

image is not available
Sambil memalu rebana atau kompang penduduk melaungkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

image is not available
Kecil besar tua muda, kelihatan bersemangat untuk meneruskan tradisi ini yang diwarisi daripada tiga hingga empat generasi terdahulu.

image is not available
Gelagat lucu seorang penduduk yang menggunakan kole minuman sebagai gendang bagi mengeluarkan bunyi-bunyian.

image is not available
Rumah yang gelap mula terang sebaik kumpulan kejut sahur Flat Taman Setia Balakong melaksanakan tugas mereka.

image is not available
Kejut sahur adalah tradisi yang diwarisi daripada tiga hingga empat generasi terdahulu iaitu oleh datuk dan moyang mereka.

image is not available
Ada yang ‘bertugas’ melaungkan ‘bangun sahur’, ada yang ambil bahagian dengan memalu rebana, ada juga yang sekadar meramaikan suasana.

image is not available
Seawal jam 3.30 pagi, suasana jalanan di kawasan ini sudah meriah dengan kumpulan yang bersiap menjalankan tanggung jawab mengejutkan keluarga dan rakan taulan untuk bangun bersahur.

image is not available
Selain bertujuan membangunkan penduduk kampung untuk bersahur, aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain.

image is not available
Diharapkan aktiviti kejut sahur akan terus subur pada masa akan datang.