
Dengan tersebar luas ramainya keturunan Tionghua di seluruh dunia, perayaan Tahun Baru Cina tidak hanya terbatas diraikan di negara China tetapi juga turut dirayakan di semua negara di dunia. Tradisi Tahun Baru Cina di berbagai negara tentunya bermacam cara & menarik untuk diketahui mulai dari makan malam bersama keluarga, pesta bunga api, mainan mercun, memberi & menerima angpau.
Tahun Baru Cina 2576 Kongzili sempena Tahun Ular Kayu yang amat dinantikan oleh masyarakat keturunan Tionghua yang jatuh pada tanggal 29 Januari 2025. Perayaan Tahun Baru Cina di berbagai negara termasuk di Malaysia dan Indonesia tentunya berbeda-beda dan memiliki ciri khas tersendiri. Kebetulan tahun ini keluarga aya berkunjung di Jakarta yang bandarayanya dihiasi dengan suasana pesta.

Kami terbang dari Kuala Lumpur menjelang perayaan Tahun Baru Cina dan menyaksikan lapangan terbangnya, KLIA teserlah keceriaan dengan berbagai hiasan menarik saperti taglung merah, bunga sakura dan limau mandarin yang memenuhi ruang pelepasan terminal. Terdapat juga hiasan kaligrafi Cina yang menggabungkan budaya masyarakat Tionghua di Malaysia & budaya traditional negara China.
Apabila kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta di Jakarta, suasana kemeriahan Tahun Baru Cina teah dapat dirasakan. Hiasan perayaan yang dicirikan dengan oleh warna-warna terang, terutamanya merah. Kami difahamkan oleh kawan lama saya, yang menyambut ketibaan kami bahawa dalam budaya Cina, merah adalah warna bertuah & kemakmuran untuk individu & famili.
Dody memberi penjelasan bahawa “Bunga yang cantik adalah salah satu hiasan Tahun Baru Cina yang terbaik. Bunga yang takrif paling popular dalam perayaan ini kebanyakannya mengenai petanda nasib baik & segar seperti bunga plum yang lazimnya sentiasa mekar & anggun. Walaupun bunga plum adalah tradisi, anda boleh mempertimbangkan sentuhann kontemporari dengan dahan bunga ala tiruan yang boleh membawa rasa musim bunga di dalam rumah, menandakan pembaharuan, kekayaan dan kemakmuran serta kebahagiaan.”
Kegembiraan terserlah semasa saya & keluarga menikmati pengembaraan semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina di Bandaraya Jakarta.

Submit any #CNY2025-related content for a chance to win grand prizes and claim up to RM6,888 from the Prosperity Pool! T&C apply. Find out how you can participate here.
Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.






