
BULAN Ramadan kali ini, sekali lagi meriahkan Ramadan dengan penganjuran ‘Tradisi Semarak Rasa Ramadan’, menawarkan pengalaman berbuka puasa yang eksklusif melalui gabungan hidangan warisan autentik dan pendekatan kelestarian yang bermakna.
Bermula dari 4 hingga 15 Mac, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisional yang disediakan dengan sentuhan kreatif pasukan cef berpengalaman.
Antara menu utama yang menjadi tumpuan tahun ini termasuk signature kambing panggang, nasi ayam bergulung bijan, laksa lemak aneka lautan, chicken teriyaki, serta hidangan klasik seperti sotong kangkung dan yong tau foo.

Selain itu, stesen masakan langsung (live stations) yang menyajikan hidangan seperti sotong bakar, kambing bakar, sup tulang rawan, serta pilihan kegemaran ramai seperti roti john, murtabak dan pelbagai jenis sate memberi pengalaman berbuka yang istimewa kepada pengunjung melihat sendiri cara masakan disediakan.
Malah, semua hidangan dijamin 100 peratus halal dengan pensijilan penuh daripada JAKIM, memberikan ketenangan minda kepada pengunjung Muslim.
Bufet Ramadan yang ditawarkan pada harga RM210 nett untuk dewasa, manakala warga emas berusia 55 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun menikmati potongan harga 50 peratus, iaitu RM94.50 nett.

Lebih menarik lagi, destinasi tersebut bukan sahaja menekankan kelazatan hidangan, tetapi juga mengambil serius aspek tanggungjawab sosial dan kelestarian.
Sebanyak 70 peratus bahan yang digunakan diperoleh daripada pembekal tempatan, sekali gus menyokong ekonomi komuniti dan mengurangkan jejak karbon.
Semua lebihan makanan yang masih selamat akan didermakan, manakala sisa lain dikompos sepenuhnya, memastikan tiada pembaziran.

Bagi memastikan pengalaman berbuka lebih selesa, kemudahan surau dan tempat wuduk turut disediakan untuk pengunjung.
Orang ramai digalakkan membuat tempahan awal bagi menikmati pengalaman berbuka puasa yang unik, menyelerakan, dan penuh makna di KLCC.

