Trafik menghala Pantai Timur sesak susulan pertambahan kenderaan

24 Dec 2023 • 11:26 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Trafik menghala ke Pantai Timur sedikit sesak dari arah ibu kota menuju ke Plaza Tol Gombak susulan pertambahan kenderaan pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik juga perlahan selepas Gombak menuju ke terowong Genting Sempah.

Namun aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 lancar di kedua-dua arah.

Aliran trafik di lebuh raya utama lain terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku di jalan-jalan utama menghala keluar dari Lembah Klang sempena sambutan Hari Krismas, esok.

Dalam pada itu, kesesakan berlaku di beberapa lokasi susulan kemalangan antaranya di Kilometer 263.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh.

"Insiden telah selesai, bagaimanapun trafik masih perlahan di lokasi dan pengguna jalan raya diminta berhati-hati," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, sedikit kesesakan turut berlaku di arah selatan dari Bandar Gamuda Cove menuju ke Persimpangan KLIA akibat kemalangan. — 24 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved