Trafik perlahan di KL-Karak, LPT2 akibat peningkatan kenderaan

29 Mar 2025 • 9:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aliran trafik di Kilometer 35.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur bergerak perlahan susulan peningkatan jumlah kenderaan, malam Sabtu.

image is not available
Keadaan trafik di LPT2 mulai sesak.

SHAH ALAM – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan susulan peningkatan jumlah kenderaan pada malam Sabtu.

Tinjauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada jam 8.40 malam mendapati aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) mula sesak.

Di KLK, trafik bergerak perlahan berikutan pertambahan kenderaan, manakala di LPT2, kesesakan dikesan di Kilometer 433.39 arah Kuala Terengganu serta di kawasan Karak menghala ke barat.

**media[3066627]**

Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dilaporkan masih lancar meskipun terdapat peningkatan kenderaan.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan, selain mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh menerusi laman web rasmi LLM atau menghubungi talian hotline Info Trafik di 1-800-88-7752.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved