Trafik sesak sejak tengah malam, beberapa kemalangan di PLUS menjelang Deepavali

7 Nov 2026 • 9:22 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trafik sesak sejak tengah malam, beberapa kemalangan di PLUS menjelang Deepavali

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa laluan utama Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sesak sejak tengah malam tadi, dengan beberapa kemalangan dilaporkan menjelang sambutan Deepavali, esok.

Kesesakan dilaporkan di kedua-dua arah lebuh raya itu, terutama laluan menuju utara, selain beberapa lokasi mengalami gangguan akibat kemalangan dan kenderaan rosak.

Menurut kemas kini PLUS menerusi platform X, trafik dilaporkan mula sesak seawal jam 12.04 tengah malam tadi di laluan arah utara dari Permatang Pauh ke Sungai Dua.

Keadaan sama dilaporkan dari Slim River ke Sungkai, Hospital Sungai Buloh ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, Jasin ke Ayer Keroh, Kulai ke Sedenak, serta Skudai ke Senai.

Bagi laluan arah selatan pula, trafik turut dilaporkan sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari Bandar Serenia ke Bandar Baru Nilai.

Sementara itu, kemalangan di Kilometer (KM) 420.7 arah utara dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar pada jam 7.31 pagi ini menyebabkan lorong kecemasan terhalang dan trafik sesak.

Beberapa kemalangan lain turut menyebabkan gangguan trafik, termasuk di KM81 arah utara dari Ayer Hitam ke Yong Peng Selatan.

The post Trafik sesak sejak tengah malam, beberapa kemalangan di PLUS menjelang Deepavali appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved