Tragedi 1 Syawal, imam dilanggar ketika berjalan kaki

23 Apr 2023 • 10:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang imam dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika berjalan kaki di jalan Kampung Parit Haji Yusof, Benut, Pontian pada Sabtu.

PONTIAN - Seorang imam di surau Kampung Parit Haji Yusof, Benut di sini cedera dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, kejadian berlaku pada jam 1.43 tengah hari ketika mangsa, Zulkifli A Ajis,39, berjalan kaki di tepi jalan tersebut.

Beliau berkata, anggota Balai Polis Benut menerima laporan kejadian pada jam 2.17 petang.

"Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Merlong sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat.

Menurutnya, pemandu kenderaan yang merupakan lelaki tempatan berusia 33 tahun mendakwa tidak perasan mangsa berjalan kaki di tepi kanan jalan tersebut.

"Suspek sudah ditahan dan ujian saringan mendapati dia negatif daripada pengaruh alkohol atau dadah," katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, insiden tersebut turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya beliau berkata, sudah bercakap dengan isteri mangsa.

"Saya telah bercakap dengan isteri imam Zul. Imam masih tidak ingat apa yang berlaku. Masih di hospital. Keputusan 'scan' kepala belum diperolehi. Saya juga bercakap dengan anggota Balai Polis Benut.

"(Suspek) yang melanggar telah ditahan dan disiasat oleh Polis Trafik Pontian," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved