Tragedi Ambang Tahun Baharu, Lelaki Maut Terkena Serpihan Letupan Bunga Api

1 Jan 2024 • 6:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki berusia 40 tahun maut selepas terkena serpihan letupan bunga api di sebuah pusat peranginan terkenal di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Ahad.

Lapor Bernama, seorang lagi rakan mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan akibat terkena serpihan letupan bunga api yang meletup.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidil Sham Mohamed berkata, kejadian tersebut berlaku di bahagian bumbung atas bangunan tempat letak kenderaan sebuah pusat peranginan itu.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah hari dan kedua-duanya mangsa merupakan pekeja syarikat pemasangan bunga api yang ditugaskan memasang bunga api bagi pertunjukan sempena malam Ambang Tahun Baharu 2024.

Siasatan sedang dilakukan untuk mengetahui punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sehubungan dengan itu, pihak polis menyeru orang ramai agar tidak menularkan kes ini kerana ia boleh mengganggu siasatan.

“Kejadian yang berlaku masih dalam siasatan dan diharapkan orang ramai tidak memainkan isu atau menyebabkan salah faham masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial menunjukkan letupan beberapa bunga api di atas sebuah bangunan.

Melalui rakaman video tersebut, kelihatan bunga api tersebut secara tiba-tiba meletup dan beberapa orang kakitangan hotel dilihat berlari menyelamatkan diri.

Impak daripada letupan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang meminta orang awam agar tidak menyebarkan gambar mangsa.

Sumber: Bernama, BH Online, Instagram Majoriti

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved